Kelas Persediaan Menghadapi Temuduga Secara Atas Talian

9 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2021, PIK Bogag telah membantu seorang pengguna yang merupakan seorang suri rumahtangga membuat persediaan menghadapi temuduga secara atas talian. Kelas ini dijalankan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara mengakses laman persidangan Zoom yang akan beliau gunakan untuk menjalani temuduga jawatan yang ditawarkan.

Selain daripada itu, peserta turut diberikan sedikit tips menghadapi temuduga dari segi penampilan dan tatacara yang betul. Sementara menunggu giliran untuk ditemuduga, beliau turut diajar cara mencari maklumat tentang jawatan dan organisasi yang bakal ditemuduga melalui laman web google chrome.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali