Aktiviti Bulan Kemerdekaan : Kelas Penyuntingan Video pendek

7 September 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Penyuntingan video pendek ini berlangsung selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang dan tamat pada pukul 5 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 3 orang pelajar sekolah rendah. Mereka telah diperkenalkan dengan aplikasi penyuntingan video iaitu Wondershare Filmora. Para peserta diberikan latihan secara praktikal untuk menyunting video kemerdekaan masing-masing untuk meningkatkan kemampuan mereka menghasilkan video pendek yang ringkas dan berkualiti. Aktiviti bulan kemerdekaan ini dijalankan bertujuan untuk memupuk rasa cinta para peserta kepada Negara dengan menghasilkan video kemerdekaan mereka masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali