Kelas Asas ICT

20 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT ini telah disertai oleh seorang pelajar Tingkatan 5. Beliau diajar cara untuk mengaktifkan semula akaun gmail beliau yang telah hampir sebulan tidak dapat digunakan kerana beliau terlupa kata laluan. Peserta turut diajar cara menghasilkan kata laluan yang kuat dan selamat digunakan. Disamping itu, peserta juga diajar cara asas menukar dan menyimpan dokumen Ms Word beliau kedalam bentuk PDF. Kelas ini dijalankan pada hari Ahad bermula dari pukul 1 petang dan berakhir pada pukul 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali