Kelas Asas ICT, MS Word (Jadual), Pembelajaran Atas Talian & KDB

15 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT, MS Word (Jadual), Pembelajaran Atas Talian dan KDB ini telah diadakan pada hari Jumaat, 14 Februari 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada internet dan diajar cara untuk mencari maklumat secara atas talian dengan mudah dan cepat menggunakan enjin carian Google. Mereka turut mempelajari cara memuat turun gambar dari internet ke dalam komputer.

Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada MS Word dan juga ribbon-ribbon MS Word beserta fungsinya. Mereka telah diberi tunjuk ajar membuat jadual dan memasukkan teks dan gambar yang telah dimuat turun dari internet ke dalam jadual tersebut. Selain itu, mereka juga mempelajari cara untuk memformat dan mengedit teks dan jadual yang dihasilkan.

Disamping itu, para peserta juga diperkenalkan kepada laman web quizizz.com dimana mereka boleh membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian. Dalam sesi ini, para peserta berpeluang untuk menjawab soalan kuiz untuk pelbagai subjek pelajaran sekolah rendah yang terdapat dalam laman web tersebut. Akhir sekali, taklimat ringkas berkaitan topik Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu Kesahihan Maklumat diadakan bagi mendidik mereka agar tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti kesahihannya agar tidak mendatangkan masalah kepada diri dan juga orang lain. Kelas yang berlangsung selama 4 jam ini bermula pada pukul 1.00 petang ini telah dihadiri seramai 6 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali