Kelas Pengenalan Kepada Aplikasi Sarawak Pay & E-mail Untuk Usahawan

8 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada aplikasi dompet digital iaitu Sarawak Pay yang boleh digunakan untuk memudahkan urusan pembayaran & pembelian. Peserta diajar daripada cara memuaturun aplikasi ini sehingga ke urusan pendaftaran akaun peribadi dan juga pendaftaran sebagai peniaga.

Peserta kemudiannya diajar cara membuka akaun E-mail bagi memudahkan urusan perniagaan dan harian beliau. Beliau turut diberikan latihan untuk menghantar email bagi memastikan beliau mampu menggunakan E-mail ini dengan baik untuk urusan beliau nanti. Kelas ini telah disertai oleh seorang usahawan wanita dan dijalankan pada hari Selasa bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali