eKelas Penggal 1 Minggu 12

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 1 Minggu 12 ini telah diadakan pada 3 dan 4 May 2019 bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag, dan disertai oleh seramai 13 orang pelajar.

eKelas Minggu 12 ini juga merupakan sesi ulangkaji bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bersama Cikgu eKelas secara live tutorial. Dalam eKelas ini, para peserta didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan sebenar. Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul.

Selain itu, para pelajar juga membuat ulangkaji menggunakan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota-nota serta soalan-soalan berkaitan topik-topik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Kuiz atas talian pelbagai matapelajaran sekolah rendah melalui laman web quizizz.com turut dijalankan bagi pelajar Tahun 6.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali