Kelas Ms PowerPoint, website & E-learning

4 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 3 Februari 2019 satu Kelas Ms PowerPoint, website & E-learning telah diadakan di Bilik Latihan PI Bogag. Kelas ini dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah dan berlangsung dari pukul 1 hingga 4 petang. Peserta diperkenalkan kepada Ms PowerPoint dan cara menyiapkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik menggunakannya.

Latihan secara praktikal untuk menyiapkan slaid pembentangan diberikan bagi memastikan peserta tahu cara menggunakan ribbon-ribbons Ms PowerPoint dengan baik. Peserta turut diberi tunjuk ajar cara yang betul menggunakan enjin carian google untuk mencari maklumat. Selain itu, bagi meningkatkan kemahiran menaip peserta mereka turut diberikan latihan menaip atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali