eKelas Penggal 2 Minggu 17

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 2 Minggu 17 ini telah diadakan pada 12 dan 13 Julai 2019 bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag. Dalam kelas ini, para pelajar mempelajari matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang telah diadakan secara langsung (live tutorial) bersama guru eKelas yang bertauliah dan berpengalaman.

Selain itu, para peserta juga didedahkan kepada pembelajaran melalui Learning Port yang boleh diakses melalui portal ekelas.com.my dimana para pelajar boleh mengakses nota-nota serta menjawab soalan-soalan bagi matapelajaran-matapelajaran yang diajar di sekolah mereka. Disamping itu, para peserta juga berpeluang untuk menjalankan aktiviti secara individu dan berkumpulan bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik yang diajar. Seramai 7 orang pelajar telah menghadiri eKelas bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, dan 8 orang pelajar telah menghadiri eKelas bagi matapelajaran Matematik dan Sains.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali