Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia Siri 2

20 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Siri 2 ini telah diadakan pada hari Ahad, 19 Ogos 2018. Dalam program ini, para peserta mempelajari cara untuk membuat jadual dalam MS Word. Selain itu, mereka turut diajar cara untuk mencari serta memuat turun gambar bendera negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan yang terdapat di Malaysia. Mereka turut mempelajari asas penggunaan MS Paint untuk tujuan mengedit gambar serta memasukkan gambar-gambar tersebut ke dalam jadual yang telah dibuat.

Selepas itu, mereka mempelajari Bahasa Inggeris secara atas talian melalui laman web learnenglishkids.britishcouncil.org bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris disamping dapat menarik minat mereka untuk menggunakan ICT dalam pelajaran dan pembelajaran. Sebelum berakhirnya program ini, Kuiz Kemerdekaan diadakan melalui laman web www.quizizz.com bagi menguji pengetahuan mereka tentang Malaysia.

Melalui program ini, semua peserta diharap dapat menyemai dan meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka. Program yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 2 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 7 orang peserta. Program tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali