Kelas Animasi Powtoon

07 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Animasi Powtoon ini telah diadakan pada hari Ahad, 6 Mei 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada laman web www.powtoon.com yang dapat membantu mereka menghasilkan slaid persembahan dan video yang lebih menarik. Kemudian, setiap peserta diberi tugasan menyiapkan slaid persembahan dan video berdasarkan topik yang diberi. Rata-rata peserta memberikan respon positif kerana dapat mempelajari animasi PowToon yang menyeronokkan.

Di samping itu, mereka turut didedahkan kepada pembelajaran atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT dalam proses pelajaran dan pembelajaran. Selain itu, taklimat advokasi Klik Dengan Bijak juga diadakan bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan internet secara berhemah.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 4 jam bermula dari 12.00 tengahari ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali