dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Smart ICT Bersama Pelajar SK Grogo, Bau

26 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

Program Smart ICT bersama pelajar SK Grogo, Bau ini telah diadakan selama 3 hari bermula pada 23 hingga 25 Oktober 2017. Program yang berlangsung di PI Sibuluh ini telah dihadiri seramai 28 orang peserta. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Microsoft Office dari segi teori dan praktikal. Aspek yang ditekankan adalah Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

Selain itu, para peserta juga dididik mengenai penggunaan internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab melalui taklimat dan aktiviti permainan Klik Dengan Bijak (KDB) yang dijalankan. Di samping itu, para peserta juga diberikan kuiz berkaitan taklimat KDB secara atas talian melalui kahoot.com bagi meningkatkan pemahaman mereka. Akhir sekali, sijil penyertaan turut diberikan kepada setiap peserta sebelum tamatnya program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.