dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Klik Dengan Bijak (KDB) Bersama Tabika KEMAS Kampung Tanjung Singai, Bau

31 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Julai 2016, PI Bogag dengan kerjasama antara PI Skio dan PI Tanjung Bowang telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bersama murid-murid Tabika KEMAS Kampung Tanjung Singai, Bau. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang diselitkan dalam Program Hari Terbuka dan Permuafakatan Tabika KEMAS Kpg. Tanjung.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta agar sentiasa berhati-hati, berwaspada dan bertanggungjawab semasa menggunakan internet, dan memberikan pendedahan awal kepada para peserta terutamanya kanak-kanak akan kepentingan keselamatan di internet. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan PI dengan Tabika KEMAS Kpg. Tanjung dan sekaligus menarik minat para peserta untuk berkunjung ke PI serta mengikuti aktiviti / program yang dijalankan oleh PI pada masa akan datang.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program KDB ini adalah taklimat ringkas KDB yang disampaikan oleh staf PI, permainan KDB iaitu “Action Kamen” dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.