dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan Penceritaan Digital Menggunakan Microsoft PowerPoint Golongan Dewasa

23 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2016, PI Bogag sekali lagi telah bekerjasama dengan PI Serasot dan Skio menjalankan satu lagi kelas ICT untuk golongan dewasa. Kelas yang berlangsung pada hari Isnin itu bermula dari pukul 7.30 petang hingga 10.30 malam. Peserta kelas dan pertandingan ini terdiri daripada 6 orang dewasa. Untuk kelas kali ini mereka diberikan tugasan untuk membuat pembentangan hasil kerja mereka menggunakan Microsoft PowerPoint. Tugasan ini antara lain bertujuan untuk memberikan mereka motivasi dan keyakinan untuk membuat pembentangna dan bercakap di hadapan umum. Pemenang pertandingan ini, jatuh kepada Puan Cecelia yang membawa pulang sebuah TV 32’ dan wang tunai RM100.

Bagi memberikan kesedaran akan peri pentingnya menjaga keselamatan ketika melayari internet, kami turut memberikan taklimat ringkas dan tayangan video KDB kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.