Kelas Pengukuhan Microsoft Word & Klik Dengan Bijak

16 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2022, PEDi Bogag telah mengadakan kelas pengukuhan Microsoft Word dan Klik Dengan Bijak bersama dua orang pengunjung. Dalam sesi ini, peserta yang sudah mengikuti beberapa siri kelas asas Microsoft Word sebelum ini diberikan beberapa latihan untuk menilai dan mengukuhkan kemahiran mereka menggunakan Microsoft Word. Peserta diberikan latihan menaip dokumen agar dapat meningkatkan kemahiran menggunakan butang Home, Insert, Design, Page Layout dan sebagainya yang ada dalam Microsoft Word. Peserta kemudiannya mendengar taklimat ringkas Klik Dengan Bijak untuk memastikan mereka sentiasa peka dan lebih berhati-hati serta bertanggungjawab ketika melayari internet. Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali