Kelas Asas Microsoft PowerPoint Sesi 2 & Email

9 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Januari 2022, PEDi Bogag telah mengadakan kelas asas Microsoft PowerPoint dan Email bersama seorang peserta. Dalam sesi kali ini, peserta diajar untuk memahami cara asas memasukkan SmartArt dan Chart ke dalam slaid pembentangan. Peserta turut diberikan latihan untuk memperkukuh kemahiran beliau menghasilkan slaid pembentangan yang ringkas dan menarik. Peserta kemudiannya diajar cara mencipta akaun Gmail beliau serta diajar cara menggunakannya untuk urusan menghantar email.

Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali