Kelas Asas Microsoft Word dan eLearning

3 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 2 April 2022, PEDi Bogag telah mengadakan kelas asas Microsoft Word dan eLearning bersama dua orang peserta. Peserta diajar fungsi asas setiap button dan tools dalam Microsoft Word dan diberikan latihan menaip dokumen untuk membolehkan mereka berlatih cara asas menggunakannya. Peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah kemudiannya telah diberi peluang membuat ulangkaji secara dalam talian melalui laman sesawang Quizizz.com. Dalam sesi kali ini, peserta membuat ulangkaji untuk matapelajaran Bahasa Inggeris yang antara lain bertujuan untuk menguji pemahaman serta meningkatkan kemahiran peserta berbahasa Inggeris.

Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali