Program Klik Dengan Bijak dan E-Learning

26 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2022, PEDi Bogag telah mengambil inisiatif menjalankan program Klik Dengan Bijak bersama 6 orang ahli PEDi Bogag. Dalam program ini, peserta diberikan taklimat berkenaan dengan kempen Klik Dengan Bijak untuk memberikan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya sentiasa berwaspada, bertanggungjawab dan menjaga keselamatan ketika melayari internet.

Dalam sesi ini mereka turut diberikan pendedahan berkenaan dengan topik Maklumat Palsu agar mereka lebih berhati-hati dan memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum bertindak memuatnaik sebarang kandungan atau menyebarkannya di dalam talian. Pengetahuan peserta tentang kempen Klik Dengan Bijak kemudiannya diuji melalui pertandingan kuiz Klik Dengan Bijak. Mereka menjawab beberapa soalan Klik Dengan Bijak melalui laman Quizizz.com.

Peserta kemudiannya diberikan peluang untuk membuat ulangkaji secara atas talian melalui laan Quizizz.com. Mereka menjawab beberapa set soalan kuiz Bahasa Malaysia yang telah disediakan untuk menguji pemahaman mereka.

Program ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali