Kelas Pengukuhan Microsoft PowerPoint & Klik Dengan Bijak

23 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2022, PEDi Bogag telah mengadakan kelas pengukuhan Microsoft PowerPoint dan Klik Dengan Bijak bersama dua orang pengunjung PEDi. Dalam sesi ini, peserta yang telah mengikuti beberapa siri kelas asas Microsoft PowerPoint sebelum ini diberikan beberapa latihan untuk menilai dan mengukuhkan kemahiran mereka menggunakan Microsoft PowerPoint. Peserta diberikan latihan membuat slaid pembentangan agar dapat meningkatkan kemahiran mereka menggunakan butang Home, Insert, memilih Design, memasukkan Transitions serta Animations dalam menghasilkan slaid pembentangan yang berkesan dan menarik. Peserta kemudiannya mendengar taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dibawah topik Maklumat Palsu untuk memastikan mereka lebih berhati-hati serta bertanggungjawab dengan maklumat yang diperolehi ketika melayari internet.

Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali