Kursus Train of Trainer Penggunaan Autocrat (e-Sijil)

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 dan 24 Julai 2022, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Bogag telah mengikuti Kursus Train of Trainer Penggunaan Autocrat (e-Sijil) yang telah dijalankan secara dalam talian atau Video Conference menggunakan aplikasi Google Meet yang dikendalikan oleh Encik Anwar bin Maso’od yang merupakan Pengurus PEDi Semenyih.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan PEDi tentang salah satu extension menarik yang terdapat di Google Docs iaitu Autocrat. Autocrat adalah alat penggabungan dokumen atau Merge Tools pelbagai guna yang membolehkan pengguna untuk mengambil data dari hamparan dan menggabungkannya mejadi dokumen melalui templat yang disediakan atau ditetapkan. Kebiasaannya Autocrat ini kerap kali digunakan oleh kalangan guru atau tenaga pengajar untuk memudahkan mereka menghasilkan sijil.

Kursus ini melibatkan semua kakitangan PEDi di seluruh Malaysia di bawah NERA dan semua penyedia perkhidmatan dibawah seliaannya.

Kursus ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali