Kelas Pengukuhan Microsoft Excel

4 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Julai 2022, PEDi Bogag telah menjalankan kelas pengukuhan Microsoft Excel bersama dua orang pengunjung PEDi Bogag yang merupakan pelajar sekolah. Mereka yang telah menjalani beberapa sesi kelas sebelum ini diberikan latihan pengukuhan untuk menguji tahap kemahiran mereka menggunakan Microsoft Excel. Latihan yang diberikan bertujuan untuk mengukur sejauhmana mereka mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari sebelum ini. Kedua-dua peserta ini kemudiannya diberikan sijil penyertaan selepas berjaya menamatkan kelas asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan Microsoft Excel.

Kelas ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali