Kelas Membuat Resume menggunakan Canva

20 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Membuat Resume menggunakan Canva ini telah diadakan pada 19 Oktober 2022, hari Rabu bertempat di PEDi Bogag.

Canva merupakan satu platform atau aplikasi untuk reka bentuk grafik yang percuma dan boleh diakses dengan mudah melalui laman web atas talian atau melalui telefon mudah alih. Selain itu, Canva lebih mudah untuk dipelajari dan kerja-kerja reka bentuk grafik dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.

Antara topik yang diajar dalam kelas ini adalah:

  • Pengenalan kepada Canva (www.canva.com)
  • Pendaftaran akaun Canva
  • Mengenali Menu dan Fungsi Canva
  • Penggunaan Templates, Texts, Fonts, Colors, Images, Backgrounds, Layouts and Shapes
  • Cara membuat Resume menggunakan Canva

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari ini telah dihadiri 1 orang ahli PEDi Bogag.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali