Kelas Asas Microsoft Excel Sesi 4

16 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2022, PEDi Bogag telah menjalankan sebuah kelas asas Microsoft Excel Sesi ke-4 bersama tiga orang ahli PEDi yang merupakan pelajar lepasan Sekolah Menengah. Dalam sesi kali ini para peserta diberikan latihan pengukuhan Microsoft Excel yang lebih kompleks. Peserta diminta mengisi data ke dalam worksheet yang bertujuan membiasakan mereka memahami cell, colum dan row. Latihan-latihan ini diberikan agar mereka mampu menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan di kemudian hari. Mereka turut diminta menyediakan template pengiraan yang melibatkan lebih daripada satu worksheet.

Kelas ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali