Kelas Asas Microsoft PowerPoint Sesi 2

16 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft PowerPoint Sesi 2 ini telah diadakan pada 15 Julai 2022, hari Jumaat bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diberi tunjuk ajar cara memasukkan video dan audio ke dalam slaid. Para peserta turut diajar cara untuk menyimpan hasil tugasan mereka dalam bentuk video. Selepas itu, para peserta diajar cara untuk memasukkan dan memformat bentuk, jadual, carta, graf dan grafik SmartArt dalam slaid pembentangan mereka.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari ini telah dihadiri oleh 3 orang ahli PEDi Bogag.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali