Program Hari Kebangsaan & Hari Malaysia

14 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2022, PEDi Bogag telah menjalankan sebuah program sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama pengunjung PEDi. Program ini dijalankan bagi menyemarakkan semangat cintakan Negara di kalangan peserta. Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia telah dijalankan untuk menguji pengetahuan am peserta tentang Negara Malaysia. Selepas itu, barulah pertandingan mencipta poster pula dijalankan untuk memberikan peluang kepada peserta menyuarakan rasa cinta mereka kepada Negara melalui poster yang mereka ciptakan. Peserta menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan poster Hari Kebangsaan yang menarik. Sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang turut dijalankan selepas pertandingan selesai.

Program ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali