Kelas Mempelajari Cara menggunakan Aplikasi Zoom

13 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Mempelajari Cara menggunakan Aplikasi Zoom ini telah diadakan pada 12 Mac 2022 bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bogag.

Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada aplikasi persidangan video yang boleh digunakan untuk mengikuti mesyuarat ataupun kursus secara atas talian iaitu aplikasi Zoom. Peserta juga diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan aplikasi Zoom sebelum menghadiri kursus dalam talian yang akan diadakan pada hari yang sama.

Kelas ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 9.00 pagi. Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali