Kursus Train of Trainer: Open Broadcaster Software (OBS)

6 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2022, hari Sabtu, Pengurus PEDi Bogag telah menyertai Kursus Train of Trainer: Open Broadcaster Software (OBS) dibawah kelolaan NERA yang dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) tentang alternatif pengendalian kelas atau program dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu Open Broadcaster Software (OBS).

Kursus ini berlangsung selama 2 sesi iaitu sesi pagi bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Manakala sesi petang bermula pada pukul 2.00 petang sehingga pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali