Kelas Asas MS Word & E-Learning (Minggu 3)

18 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word dan E-Learning (Minggu 3) ini telah diadakan pada 17 April 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, peserta mempelajari cara untuk menaip nombor dalam angka dan perkataan menggunakan MS Word. Peserta juga diajar cara untuk menukar format nombor dan perkataan yang telah ditaip seperti jenis, saiz dan warna fonts.

Selepas itu, peserta berpeluang untuk membuat ulangkaji matapelajaran Matematik Tahun 1 dengan menjawab soalan kuiz berkaitan topik yang telah dipelajari secara atas talian melalui laman web quizizz.com. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari ini telah dihadiri oleh seorang pelajar Tahun 1.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali