Kelas Asas MS Word bersama Belia Minggu 1 & Advokasi Check Your Label (CYL)

3 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Word bersama Belia Minggu 1 dan Advokasi Check Your Label (CYL) ini telah diadakan pada 2 Mei 2021, hari Ahad bertempat di Pusat Intenet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diberi tunjuk ajar asas MS Word 2013 berpandukan tutorial Microsoft Word 2013 yang didapati secara percuma melalui laman web edu.gcfglobal.org.

Antara topik yang dipelajari adalah:

  • Pengenalan kepada MS Word 2021 - Ribbon, Quick Access Toolbar, and Backstage view
  • Membuat dan Membuka Dokumen
  • Menyimpan dan Berkongsi Dokumen
  • Tambah, hapus, pindah, potong, salin, dan tampal teks
  • Memformat Teks - Mengubah format font, warna, dan penjajaran teks
  • Page layout - Mengubah orientasi, margin, dan ukuran halaman
  • Mencetak Dokumen

Selepas itu, advokasi Check Your Label (CYL) turut diadakan dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Disamping itu, peserta turut diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi. Para peserta turut berpelung untuk menyemak label MCMC pada telefon pintar mereka melalui aplikasi Check Your Label yang dimuat turun dari Google Play dan melalui laman web ecomm.sirim.my. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah dihadiri oleh tiga orang belia Kampung Bogag.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali