Kelas Pengukuhan Microsoft PowerPoint & Microsoft Word

15 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2021, PIK Bogag telah mengambil inisiatif menjalankan kelas pengukuhan Microsoft PowerPoint & Microsoft Word bersama seorang pelajar Tingkatan 1. Pada sesi ini peserta telah diberikan latihan membuat slaid pembentangan yang mudah dan menarik untuk disimpan dalam pelbagai format. Latihan ini diberikan untuk menguji tahap penguasaan peserta disamping meningkatkan kemahiran peserta menggunakan Microsoft PowerPoint.

Peserta kemudiannya turut diberikan latihan menaip teks serta membina jadual dalam dokumen Microsoft Word. Latihan ini diberikan untuk mengukuhkan penguasaan peserta menggunakan Microsft Word di masa akan datang. Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali