Kelas Asas Menggunakan Email & Menaip Surat Permohonan Kerja

28 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 27 Februari 2021, PIK Bogag telah menjalankan kelas asas menggunakan email dan menaip surat permohonan kerja bersama seorang suri rumah tangga yang berminat untuk mencari pekerjaan. Beliau telah diajar cara menghantar email permohonan kerja secara formal kepada beberapa agensi kerajaan dan swasta pilihannya mengunakan akaun Gmail rasmi beliau. Menerusi kelas ini, peserta diberikan tips menghasilkan email permohonan kerja yang baik dan cara memuat naik lampiran dokumen dalam email.

Selain daripada itu, peserta juga diajar cara menaip Surat Permohonan Kerja yang akan dilampirkan bersama borang permohonan kerja bagi permohonan yang dihantar secara pos. Peserta ditunjukkan pelbagai contoh Surat Permohonan Kerja yang ringkas dan berkualiti yang boleh dipilih untuk digunakan. Kelas ini dijalankan selama 2 jam bermula dari pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali