Kelas Menaip Teks, Ulangkaji Secara Atas Talian & KDB

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2021, PIK Bogag telah mengambil inisiatif menjalankan kelas menaip teks, ulangkaji secara atas talian dan taklimat KDB bersama 4 orang pengunjung PIK Bogag. Kelas ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta menaip dengan teknik yang betul dan pantas disamping meningkatkan kemahiran peserta menggunakan MS Word.

Selain daripada itu, para peserta juga turut diperkenalkan kepada laman web pembelajaran secara atas talian iaitu quizizz.com. Melalui laman web ini mereka diberikan peluang menjawab pelbagai soalan kuiz pelbagai mata pelajaran secara atasa talian. Kelas ini dijalankan bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali