Kelas Membuat Resume menggunakan Canva Sesi 2

23 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Membuat Resume menggunakan Canva Sesi 2 ini telah diadakan pada 22 Oktober 2021, hari Jumaat bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada 21 Oktober 2021. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menyiapkan resume beliau. Selepas itu, peserta diajar cara untuk memuat turun dan mencetak resume yang telah siap dihasilkan. Akhir sekali, peserta telah mempelajari cara untuk menghantar resume tersebut melalui WhatsApp Web. Kelas yang berlangsung selama 1 jam bermula pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh seorang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali