Kelas Asas MS PowerPoint, Kuiz Atas Talian & KDB

19 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS PowerPoint, Kuiz Atas Talian dan KDB ini telah diadakan pada hari Ahad, 18 April 2021 bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS PowerPoint 2013. Para peserta turut diberi tunjuk ajar cara menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik menggunakan MS PowerPoint. Disamping itu, peserta turut diberi tugasan untuk menghasilkan slaid pembentangan berkaitan Langkah-langkah Mencegah Covid-19 dan membentangkan hasil tugasan mereka.

Selepas itu, para peserta membuat ulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan kuiz bagi matapelajaran Matematik secara atas talian melalui laman web quizizz.com. Turut diselitkan juga taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) berkaitan topik Berita Palsu yang bertujuan untuk mendidik para peserta agar tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu. Selain itu, mereka turut diperkenalkan kepada portal sebenarnya.my dimana mereka boleh menyemak kesahihan berita atau maklumat yang diperolehi dari internet. Mereka juga dinasihatkan agar tidak berkongsi berita yang tidak pasti kesahihannya. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 tengahari ini telah dihadiri oleh seramai 3 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali