Kelas Asas MS PowerPoint dan Kuiz Atas Talian

13 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS PowerPoint dan Kuiz Atas Talian ini telah diadakan pada 12 November 2021, hari Jumaat bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diajar cara untuk menghasilkan slaid pembentangan yang ringkas dan menarik menggunakan MS PowerPoint. Selepas itu, para peserta membuat ulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan kuiz secara atas talian melalui laman web quizizz.com. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali