Kelas Asas ICT, Klik Dengan Bijak (KDB) & Kuiz Atas Talian

11 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT, Klik Dengan Bijak (KDB) & Kuiz Atas Talian ini telah diadakan pada hari Ahad, 10 Januari 2021 bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada komponen asas komputer dan fungsinya. Selain itu, mereka turut diperkenalkan kepada internet dan diajar cara untuk mencari maklumat secara atas talian dengan mudah dan cepat menggunakan enjin carian Google. Selepas itu, kempen Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan bagi mendidik para peserta tentang panduan keselamatan ketika melayari internet.

Dalam kempen ini, para peserta turut diberi pendedahan tentang topik ‘Buli Siber’ agar mereka tahu cara-cara menangani buli siber sekiranya menjadi mangsa buli siber. Akhir sekali, kuiz berkaitan apa yang telah dipelajari dalam kelas ini diadakan bagi menguji pemahaman mereka. Kuiz ini telah diadakan secara atas talian melalui quizizz.com dan kahoot.com. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 12 tengahari ini telah dihadiri seramai 3 orang pelajar. Kelas tamat pada pukul 2 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali