Kelas Pengenalan Kepada Laman Web & Cara Mengisi Borang Secara Atas Talian

27 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2021, PIK Bogag telah menjalankan kelas pengenalan kepada laman web dan cara mengisi borang secara atas talian bersama seorang Pesara Polis. Peserta yang baru pertama kali ingin mengisi borang secara atas talian telah diajar tentang cara mengakses laman web. Peserta diperkenalkan kepada browser Chrome dan diajar cara menggunakan enjin carian google chrome untuk mencari portal rasmi e-Pesara PDRM sebelum kemudiannya diajar cara mengisi borang & memuatnaik dokumen beliau secara atas talian. Kelas ini diadakan antara lain bertujuan untuk memastikan peserta tahu cara asas mengakses internet dan mampu menggunakan aplikasi atas talian untuk memudahkan urusan beliau di kemudian hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali