Live Tutorial eKelas (Matematik dan Sains Tingkatan 1)

15 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Live Tutorial eKelas bagi subjek Matematik dan Sains Tingkatan 1 ini telah diadakan pada 14 Ogos 2021, hari Sabtu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Kelas ini telah diadakan secara langsung melalui Youtube Live bersama cikgu eKelas yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengajar subjek Matematik dan Sains. Untuk subjek Matematik, pelajar mempelajari topik Ungkapan Algebra iaitu menambah dan menolak dua atau lebih ungkapan algebra. Manakala untuk subjek Sains, pelajar mempelajari topik Proses Percambahan Biji Benih. Kelas ini telah dijalankan selama 1 jam bermula dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari, dan dihadiri oleh seorang pelajar Tingkatan 1.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali