MDB Talk Series: Program Bual Bicara Santai Bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak

20 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Internet Komuniti (PIK) di Daerah Bau yang terdiri daripada 6 buah PIK di dalam Kluster MenarikDiBau (MDB) iaitu PIK Bogag, PIK Serasot, PIK Tanjung Bowang, PIK Krokong, PIK Sibuluh dan PIK Skio sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain.

Pada 19 Mac 2021, Kluster MDB mengadakan sebuah Program Bual Bicara Santai secara Live Streaming selama sejam bersama dengan pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB Sarawak). Pihak JBALB menghantar Encik Awang Fardillah (Penolong Pengarah Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan) dan Encik Awang Ayahtullah (Jurutera Air Bahagian Kuching) sebagai panel jemputan. Program ini antara lain bertujuan untuk membincangkan tentang permasalahan berkaitan dengan bekalan air di Daerah Bau khasnya serta memberikan gambaran yang lebih jelas tentang tugas-tugas JBALB untuk membekalkan sumber air bersih dan terawat di seluruh Sarawak amnya.

Melalui program ini juga, pihak JBALB turut berkongsi cara mereka menangani komen negatif serta berita palsu yang disebarkan secara atas talian tentang jabatan mereka. Kluster MDB turut mengambil kesempatan untuk mendidik para pengguna laman sosial agar tidak menyebarkan berita palsu dan diminta agar lebih berhemah ketika meninggalkan komen di media sosial agar tidak melanggar hak kebebsan bersuara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali