Kelas Pengukuhan Penggunaa Enjin Carian Google Search & Microsoft Word

17 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2021, PIK Bogag telah mengambil inisiatif menjalankan kelas pengukuhan penggunaan enjin carian google search & Microsoft Word bersama seorang pelajar Tingkatan 1. Dalam sesi ini peserta telah diberikan tugasan untuk mencari maklumat dalam internet menggunakan enjin carian google search. Peserta turut diberi tunjuk ajar cara menyimpan maklumat yang diperolehi dari internet ke dalam komputer dan pendrive.

Peserta kemudiannya turut diberikan latihan menaip teks serta membina jadual dalam dokumen Microsoft Word. Peserta turut diajar cara memilih design serta membuat page border dalam dokumen Microsoft Word. Latihan ini diberikan untuk meningkatkan penguasaan peserta menggunakan Microsft Word. Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali