Program Go Digital with Timogah Bersama PIK Daerah Bau.

15 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 November 2021, PIK Bogag menyertai program keusahawanan e-dagang bersama Syarikat Timogah Sdn. Bhd. Program ini yang dinamakan sebagai Go Digital With Timogah telah dihadiri dan disertai oleh kesemua kakitangan PIK di daerah Bau iaitu PIK Sibuluh, PIK Serasot, PIK Skio, PIK Bogag dan PIK Krokong bersama dengan usahawan dari PIK masing-masing.

Program ini diadakan bertujuan untuk membantu para usahawan yang bernaung di bawah PIK masing-masing untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan e-dagang dan digital. Usahawan yang ikut serta akan diambil sebagai Vendor atau penjual secara dalam talian di dalam platform www.timogah.com

Di dalam program ini, para peserta telah didedahkan dengan:

Para peserta turut diberikan sesi demonstrasi dan tutorial cara penggunaan laman web Timogah sebagai pembeli dan kemudiannya sebagai penjual. Para peserta turut diberi peluang mendaftarkan perniagaan masing-masing ke dalam platform Timogah. Pihak Pusat Internet Komuniti di daerah Bau amat berbesar hati dapat membantu usahawan setempat untuk memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform Timogah. Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali