Kelas Mencipta Akaun Gmail & e-Learning

30 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Mencipta Akaun Gmail dan e-Learning ini telah diadakan pada 29 Julai 2021, hari Khamis bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjuk ajar cara untuk mencipta akaun Gmail dan cara untuk mendaftar akaun pelajar di liveworksheets.com untuk tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Selain itu, peserta turut diberi tunjuk ajar untuk log masuk ke dalam akaun pelajar di liveworksheets.com untuk menyelesaikan tugasan sekolah yang diberikan oleh cikgu beliau. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah disertai seorang pelajar Tahun 4.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali