Kelas Pengukuhan Microsoft Excel Minggu ke-3

24 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 & 23 Oktober 2021, PIK Bogag telah menjalankan Kelas Pengukuhan Microsoft Excel Minggu Ke-3 secara individu bersama seorang peserta. Pada sesi ini, peserta turut diberikan latihan pengukuhan yang lebih mencabar untuk memastikan peserta mampu menggunakan Microsoft Excel dengan baik. Peserta berpeluang membuat latihan menghubungkan formula daripada setiap lembaran kerja berbeza. Peserta turut membuat latihan saving & sharing workbook, serta menyimpan workbook ke dalam bentuk pdf. Peserta turut diajar cara memuatnaik template excel ke dalam Google Drive untuk tujuan perkongsian dengan pengguna lain serta cara mengisi data excel secara atas talian. Peserta diberikan sijil tamat latihan pada penghujung kelas. Kelas yang dijalankan selama 2 jam setiap sesi ini bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali