Kelas Mari Belajar Bahasa Inggeris Sesi 1

13 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2021, PIK Bogag telah mengambil inisiatif menjalankan kelas Mari Belajar Bahasa Inggeris Sesi 1 bersama 4 orang pelajar. Kelas ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan peserta dan memastikan mereka menggunakan tatabahasa yang betul ketika bertutur dalam Bahasa Inggeris. Para peserta diberikan tugasan untuk menaip maklumat berkaitan dengan topik tersebut ke dalam dokumen MS Word untuk dijadikan rujukan di masa akan datang.

Selain daripada itu, para peserta juga turut diperkenalkan kepada laman web pembelajaran secara atas talian iaitu quizizz.com. Melalui laman web ini mereka diberikan peluang menjawab pelbagai soalan kuiz untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris secara atasa talian. Kelas ini dijalankan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali