Live Tutorial eKelas (Bahasa Inggeris Tingkatan 1)

31 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Live Tutorial eKelas bagi subjek Bahasa Inggeris Tingkatan 1 ini telah diadakan pada 30 Julai 2021, hari Jumaat bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Sebelum mengikuti sesi live tutorial eKelas ini, pelajar diperkenalkan kepada portal Maxis eKelas iaitu www.ekelas.com.my. Pelajar juga diajar cara untuk mendaftar akaun dan menggunakan portal eKelas. Portal eKelas memberikan pelajar ruang untuk mereka belajar secara kendiri, pada tahap kebolehan mereka dan juga belajar untuk berkolaborasi dengan kawan-kawan dari seluruh Malaysia.

Ia juga menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Selepas sesi pengenalan dan pendaftaran akaun di portal Maxis eKelas, pelajar mempelajari subjek Bahasa Inggeris yang diadakan secara langsung melalui Youtube Live bersama guru Bahasa Inggeris yang bertauliah dan berpengalaman. Sesi ini telah dijalankan selama 1 jam bermula dari pukul 3.00 petang hingga pukul 4.00 petang, dan dihadiri oleh seorang pelajar Tingkatan 1.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali