MDB Talk Series: Slot Inspirasi Usahawan Bersama Pengasas Timogah.com

28 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2021, Kluster MDB mengadakan sebuah program bual bicara santai di bawah slot Inspirasi Usahawan secara Live Streaming selama sejam setengah bersama Encik Heineken Anak Laluan, yang merupakan pengasas Timogah.com. Topik utama Slot Inspirasi Usahawan kali ini membincangkan ‘Prospek Kerjaya Sebagai Usahawan Digital E-Dagang.

Timogah atau dikenali sebagai Timogah.com merupakan satu-satunya laman sesawang yang menjual hasil hutan dan pertanian di Borneo yang turut menwarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah setiap hari.

Melalui program ini, penceramah jemputan menceritakan tentang bagaimana beliau memulakan perniagaannya serta berkongsi liku-liku dan cabaran sepanjang perjalanan perniagaan beliau. Selain daripada itu, Encik Heineken turut memberikan tips-tips perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sehingga berjaya seperti beliau.

Penceramah jemputan turut diberikan peluang untuk mempromosikan aplikasi Timogah.com kepada umum. Slot Inspirasi Usahawan yang dijalankan bermula jam 2.30 petang itu berakhir pada pkul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali