MDB Talk Series: Sembang Digital Pembangunan Aplikasi Dan Web

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2021, Kluster MDB mengadakan sebuah program sembang digital secara Live Streaming selama sejam mengenai topik pembangunan Aplikasi dan Web. Program ini merupakan kerjasama kesemua 6 buah Pusat Internet Komuniti (PIK) di Daerah Bau iaitu PIK Bogag, Serasot, Tanjung Bowang, Skio, Krokong dan Sibuluh. Program yang diadakan secara live ini boleh diakses melalui Facebook page Menarik Di Bau.

Melalui program ini, Pengurus PIK Tanjung Bowang menceritakan tentang pengalaman beliau sendiri membangunkan Aplikasi dan Web. Program ini antara lain bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran dan inspirasi kepada penonton tentang apa yang perlu diambil kira serta teknik membangunkan aplikasi dan web dimasa akan datang.

Program yang dijalankan bermula jam 11.00 pagi itu berakhir pada pkul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali