MDB Talk Series: Program Sembang Digital Bersama Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat UNIMAS

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2021, Kluster MDB mengadakan sebuah Program Sembang Digital secara Live Streaming selama sejam setengah bersama Encik Jonathan Sidi, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat UNIMAS. Program ini diadakan untuk membincangkan topik ‘Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan Semasa Era Pandemik Covid-19’.

Melalui program ini, penceramah jemputan memberikan pandangan tentang bagaimana cara pembelajaran Multimedia konvergen dapat dilaksanakan dengan berkesan di kalangan pendidik dan pelajar. Selain itu, beliau turut memberikan pandangan tentang sejauh mana Pembelajaran Multimedia Hibrid dapat membantu para pelajar.

Selain daripada itu, penceramah jemputan turut memberikan pendapat tentang jenis aplikasi yang dicadangkan untuk memudahkan proses pembelajaran PdPR kini. Program sembang Digital yang dijalankan bermula jam 2 petang itu berakhir pada pkul 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali