MDB Talk Series: Bual Bicara Santai Jenis-Jenis Perniagaan Dan Perniagaan Online

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2021, Kluster MDB mengadakan sebuah program bual bicara santai secara Live Streaming selama sejam mengenai topik jenis-jenis perniagaan dan perniagaan online. Program ini disertai kesemua 6 buah Pusat Internet Komuniti (PIK) di Daerah Bau iaitu PIK Bogag, Serasot, Tanjung Bowang, Skio, Krokong dan Sibuluh. Program yang diadakan secara live ini boleh diakses melalui Facebook page Menarik Di Bau.

Program ini antara lain bertujuan untuk mengupas berkenaan topik jenis-jenis perniagaan yang boleh diceburi oleh usahawan dan bakal usahawan. Memandangkan dunia perniagaan masa kini yang lebih cenderung kepada perniagaan online, pihak Kluster MDB turut membincangkan jenis perniagaan yang lebih diterima dan platform perniagaan online yang mudah dan menguntungkan masa kini.

Program yang dijalankan bermula jam 10.00 pagi itu berakhir pada pkul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali