Taklimat & Kuiz Klik Dengan Bijak serta latihan asas menaip secara atas talian

23 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2021, PIK Bogag telah menjalankan taklimat & kuiz Klik Dengan Bijak serta latihan asas menaip secara atas talian bersama 5 orang peserta. Taklimat ini diberikan antara lain bertujuan untuk membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Peserta kemudiannya diminta menjawab kuiz KDB secara atas talian berkaitan topik oversharing untuk menguji tahap pemhaman mereka.

Para peserta kemudiannya diperkenalkan kepada laman typingclub.com. Tujuan kelas ini diadakan antara lain agar peserta tahu teknik menaip yang betul sekaligus dapat meningkatkan kepantasan mereka menaip.

Kelas ini dijalankan bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali