Mencipta Poster dan Kad Hari Jadi menggunakan CANVA

24 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Mencipta Poster dan Kad Hari Jadi menggunakan CANVA ini telah diadakan pada 23 April 2021, hari Jumaat bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada platform reka bentuk grafik iaitu CANVA (www.canva.com) . Seterusnya, mereka diberi tunjuk ajar cara untuk mencipta poster dan kad hari jadi yang mudah dan cantik secara atas talian menggunakan CANVA. Setelah menyiapkan poster dan kad hari jadi mereka, para peserta diajar cara untuk memuat turun dan menyimpan poster dan kad tersebut ke dalam komputer.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 2 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali